ZUHARMAN MN
Sekronik mana virus dibawa oleh Zaid sehingga membawa kepada pemecatannya dari Umno berkuatkuasa serta merta oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno yang disifatkan sebagai menghapuskan kudis dalam parti itu.
Sejauh mana rasionalnya hukuman MT UMNO terhadap Zaid jika dibanding hukuman-hukuman lain dikenakan kepada ahli-ahlinya yang pernah mencetuskan suatu fenomena atau korupsi yang lebih dahsyat mengakibatkan kewibawaan Umno dipertikai seluruh rakyat. Malangnya lagi pertikaian itu dilihat bersama satu kejelekan sekaligus menutup keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Umno.
Datuk Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat selepas mesyuarat MT memutuskan kesalahannya melanggar etika parti manghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Terdahulu, Zaid juga turut dilapor telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut dihadiri sama oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Apapun, rasional atau tidak, ramai berpendapat hukuman itu mencerminkan betapa kezaliman pihak berkuasa tidak pernah memiliki sifat ‘open minded’ sebaliknya suka mengongkong ahlinya sendiri. Apatah lagi hukuman itu mandatori tidak ada ruang pembelaan atau rayuan bagi Zaid.
Sesetengah pihak pula berpendapat hukuman itu menggambarkan ketegasan serta
kebijaksanaan kepimpinan Umno selari dengan usahanya dalam proses membersih identiti parti dicalari isu politik wang sekian lama.
Tidak dinafikan usaha membasmi kemungkaran dipandang positif semua pihak. Persoalannya sejauh mana usaha itu dijalankan secara adil lagi telus? Berapa ramai ahlinya telah dipecat lantaran kudis seperti yang dimaksudkan?
Tindakan Zaid menghadiri majlis pembangkang sepatutnya tidak dipandang negatif secara total, kerana dari sudut hikmah ia merupakan satu perbendaharaan kepada terbinanya nilai-nilai murni kemanusiaan sesebuah negara terdiri dari pelbagai aliran politik berlainan. Secara tidak langsung percaturan politik tanah air yang terdiri dari berbagai parti itu terus dipandang unik oleh mata dunia.
Sikap diamalkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, dan Pakatan Rakyat boleh dijadikan contoh dalam isu ini. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghadiri majlis diadakan Zaid di kediamannya sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Senator kemudian memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tiada sebarang polemik dicetuskan oleh PR terhadap tindakan Nik Aziz. Bahkan diterimanya dengan penuh kewarasan. Mungkin PR lebih matang dari Umno tentang perkara ini.
Justeru, apabila cuba menelungsuri kontek falsafah kehidupan dan kemanusiaan, kesalahan Zaid menghadiri kongres dan membuat pertemuan dengan pimpinan parti pembangkang adalah terlalu kecil dibandingkan kesalahan-kesalahan lain seperti dinyatakan di atas.
Sepertimana umum sedia maklum, gejala rasuah, politik wang merupakan satu amalan terkutuk, bahkan gejala itu dianggap najis paling hina di dalam politik dunia. Namun apakah Umno menyedari persepsi ini lewat kematangannya?
Lantaran itu persoalannya, apa kelebihan atau keistimewaan sesetengah mereka dari kalangan Umno sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman atas kesalahan demikian tetapi masih diberi ruang berada di dalam parti itu? Di mana kewibawaan tanggungjawab Umno menangani sesuatu isu jika ciri-cirinya dilihat sebagai ‘double standard’. Jika begini halnya sampai bila pun Umno tetap tidak akan temui hakikat pembersihan identiti seperti dikatakan itu.
Barangkali wajar apa yang dikatakan, Umno kini sebenarnya semakin takut pada bebayang, menyebabkan mereka seringkali silap dengan perhitungan sendiri. Keberanian Zaid diperlekehkan begitu saja. Walhal umum menerima keberanian Zaid sebagai seorang politikus berkaliber. Langsung ciri-ciri dimiliki Zaid boleh dianggap satu aset perlu dipertahankan bagi membina serta mengukuhkan keyakinan lewat sesuatu perjuangan.
Lalu tidak salah jika dikatakan pemecatan Zaid merupakan satu tindakan di luar batas rasionalisme pimpinan Umno, tetapi lebih berasaskan kepada emosional semata-mata. Secara tidak langsung melambangkan sikap tidak toleransi parti itu kepada ahlinya yang berideologi tidak sehaluan dengan parti.
pemimpin2 dan pencacai2 umno tidak pernah rasional, religius dan bermoral. jadi macamana nak dikatakan mereka tu ok.
ReplyDeletemereka suka puta belit kenyataan yang waras, islamik atau berakhlak.
mereka memilik setan2 bisu, ilmuan teropah kayu dan pegawai2 periuk nasi.
sedikit menegur umno bermakna berpatah arah berkerat rotan.. umno memang binawe.