Saturday, August 8, 2009

yang kanan sekali tu lah aku. sebelah aku, kawan akulah...ym tuan nor dan pak rossem. posing ni, masa sidang dewan brek sekejap.
ceritera dalam dewan? beli akhbar harakah, siasah, navigate jugalah harakah daily. semua aku dah tulis dalam tu. nak tulis sini lagi lenguhlah jari, sepetlah mata.

Sunday, March 29, 2009

yes man bertuah,khairy beruntung, yang lain?

setelah tewas dalam pertandingan merebut kerusi majlis tertinggi (MT) dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini, datuk shahril dengan gentlementnya langsung mengumum letak jawatan sebagai menteri dengan alasan tidak diterima ahli. seluruh rakyat menerima profesional Shahril dan mengucapkan syabas kepadanya.tapi bagaimana dengan rakan-rakannya yang lain?yang tewas dalam pertarungan itu?datuk azalina membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan letak jawatan walaupun kalah.
walau apapun,itu adalah politik mereka.mereka punya visi dan misi tersendiri.memang sejak dulu lagi umno terkenal dengan banyak agenda peribadi.barangkali agenda itu tidak dipedulikan sangat.tetapi apabila terlampau sangat ia telah menimbulkan satu kebencian di kalangan rakyat.maka teruliklah umno dalam buaiannya yang syok sendiri.sewajarnya umno perlu sedar hakikat tersebut.
datuk ali rustam,lebih dikenali dengan yes man dikatakan paling bertuah di dalam politik umno.walaupun kecundang sebelum memasuki gelanggang lantaran dihukum bersalah bawah seksyen 10.1 akta lembaga disiplin umno namun masih diberi kesempatan hadir pada persidangan dan mengundi calon pilihannya.malah diberi pula masa berucap.apa istimewa sangat pak ali ini?jawapannya di tangan umno sendiri.
khairy jamaludin,menantu paklah boleh dianggap berbangga bahkan individu punya nasib yang amat baik di dalam dunia umno.biarpun juga diputuskan bersalah oleh lembaga disiplin umno tetapi beliau hanya diberi amaran berjaya menyingkir mukhriz dan khir dalam merebut jawatan ketua pemuda.apa keluarbiasaannya?barangkali diboo...kan itu adalah jawapannya.
sesungguhnya pengamatan rakyat di bawah sana lebih tajam.dan umno perlu peka pada kesan situasi gawat dan getir diciptanyanya sendiri.

Saturday, January 24, 2009

gila blog

apa asyik sangat dengan blog? kadang-kadang kerana blog manusia lalai. bicara tanpa mesej saja banyak. kutuk sana kutuk sini. buang masa........................

dunia semakin gila

pemimpin negara semakin rakus, rakyat yang merempak. namun masih ramai yang buta dan tuli pada situasi ini.

Wednesday, December 24, 2008

Akhbar Cina dibenar, papan tanda jalan tulisan Cina dihalang

Zuharhaman MN
Wed | Dec 24, 08 | 6:27:45 pm MYT

PASIR PUTEH, 24 Dis (Hrkh) - Hairannya mengapa penerbitan akhbar berbahasa Cina dibenarkan, rancangan televisyen juga ada berbahasa Cina, sebaliknya tulisan Cina pada papan tanda jalan tidak dibenarkan.

"Sepatutnya kalau tidak boleh, tidak boleh semualah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu program di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini ada pihak tampil membidas kerajaan Pulau Pinang kerana menggunakan tulisan Cina bersama tulisan Melayu dan Inggeris pada papan tanda jalan di tapak warisan dunia di George Town.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, penggunaan lain-lain bahasa pada papan tanda jalan di samping mengekalkan bahasa Melayu, tidak menjadi kesalahan baginya.

Menurut beliau tindakan pihak tertentu yang mempertikai langkah dibuat kerajaan Pulau Pinang sebenarnya hanyalah berunsur politik, secara tidak langsung mencerminkan sikap tidak menghormati bahasa lain.

"Hairan.. perkara macam ni pun jadi isu. Nampak sangat kurang cerdik. Sedangkan dalam Islam ia dianggap satu nikmat dijadikan oleh Allah SWT untuk semua bangsa dalam dunia ini," katanya.

Sedangkan kata beliau Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa. - mj_

Dun Semerak anjur kem revolusi sahsiah bina akhlak remaja

Zuharman MN Sun Dec 21, 08 5:52:19 pm MYT

PASIR PUTEH, 21 Dis (Hrkh) - Sebagai mengisi masa lapang sempena musim cuti sekolah sekarang Majlis Tindakan Dun (MTD) Semerak menganjurkan Kem Revolusi Sahsiah sebagai usaha membina generasi cemerlang pada masa hadapan.

Kem itu diadakan di Masjid Pekan Cherang Ruku selama dua hari membabitkan hampir 300 peserta berusia 15 hingga 17 tahun. Turut serta ibu bapa sebahagian peserta.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk muhasabah diri, praktikal solat menurut sunnah dan motivasi revolusi sahsiah diri. Selain itu qiamullai dan zikir mathurat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, program tersebut amat sesuai diadakan memandangkan gejala sosial semakin gawat melanda masyarakat sekarang.

"Pendedahan mengenai ajaran-ajaran Islam melalui program berkenaan mampu melahirkan sikap ketakwaan di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja.

"Memang patut satu revolusi digembelingkan di seluruh negara memandangkan sahsiah anak-anak sudah semakin gawat dan tambah celaru sehingga ramai remaja hilang pedoman," katanya ketika merasmikan program terbabit.

Hadir sama Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan pemimpin masyarakat setempat.
Menurutnya berdasar kepada laporan media gejala penagihan dadah, mat rempit, rogol dan sumbang mahram semakin ramai membabitkan orang Melayu.

Wan Hassan berkata,MTD Semerak akan membuat tindakan susulan terhadap peserta dan ibu bapa yang terlibat dengan program berkenaan bagi memastikan keberkesanannya. - mj

Ledakan emosi… Zaid terbuang

ZUHARMAN MN
Sekronik mana virus dibawa oleh Zaid sehingga membawa kepada pemecatannya dari Umno berkuatkuasa serta merta oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno yang disifatkan sebagai menghapuskan kudis dalam parti itu.
Sejauh mana rasionalnya hukuman MT UMNO terhadap Zaid jika dibanding hukuman-hukuman lain dikenakan kepada ahli-ahlinya yang pernah mencetuskan suatu fenomena atau korupsi yang lebih dahsyat mengakibatkan kewibawaan Umno dipertikai seluruh rakyat. Malangnya lagi pertikaian itu dilihat bersama satu kejelekan sekaligus menutup keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Umno.
Datuk Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat selepas mesyuarat MT memutuskan kesalahannya melanggar etika parti manghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Terdahulu, Zaid juga turut dilapor telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut dihadiri sama oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Apapun, rasional atau tidak, ramai berpendapat hukuman itu mencerminkan betapa kezaliman pihak berkuasa tidak pernah memiliki sifat ‘open minded’ sebaliknya suka mengongkong ahlinya sendiri. Apatah lagi hukuman itu mandatori tidak ada ruang pembelaan atau rayuan bagi Zaid.
Sesetengah pihak pula berpendapat hukuman itu menggambarkan ketegasan serta
kebijaksanaan kepimpinan Umno selari dengan usahanya dalam proses membersih identiti parti dicalari isu politik wang sekian lama.
Tidak dinafikan usaha membasmi kemungkaran dipandang positif semua pihak. Persoalannya sejauh mana usaha itu dijalankan secara adil lagi telus? Berapa ramai ahlinya telah dipecat lantaran kudis seperti yang dimaksudkan?
Tindakan Zaid menghadiri majlis pembangkang sepatutnya tidak dipandang negatif secara total, kerana dari sudut hikmah ia merupakan satu perbendaharaan kepada terbinanya nilai-nilai murni kemanusiaan sesebuah negara terdiri dari pelbagai aliran politik berlainan. Secara tidak langsung percaturan politik tanah air yang terdiri dari berbagai parti itu terus dipandang unik oleh mata dunia.
Sikap diamalkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, dan Pakatan Rakyat boleh dijadikan contoh dalam isu ini. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghadiri majlis diadakan Zaid di kediamannya sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Senator kemudian memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tiada sebarang polemik dicetuskan oleh PR terhadap tindakan Nik Aziz. Bahkan diterimanya dengan penuh kewarasan. Mungkin PR lebih matang dari Umno tentang perkara ini.
Justeru, apabila cuba menelungsuri kontek falsafah kehidupan dan kemanusiaan, kesalahan Zaid menghadiri kongres dan membuat pertemuan dengan pimpinan parti pembangkang adalah terlalu kecil dibandingkan kesalahan-kesalahan lain seperti dinyatakan di atas.
Sepertimana umum sedia maklum, gejala rasuah, politik wang merupakan satu amalan terkutuk, bahkan gejala itu dianggap najis paling hina di dalam politik dunia. Namun apakah Umno menyedari persepsi ini lewat kematangannya?
Lantaran itu persoalannya, apa kelebihan atau keistimewaan sesetengah mereka dari kalangan Umno sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman atas kesalahan demikian tetapi masih diberi ruang berada di dalam parti itu? Di mana kewibawaan tanggungjawab Umno menangani sesuatu isu jika ciri-cirinya dilihat sebagai ‘double standard’. Jika begini halnya sampai bila pun Umno tetap tidak akan temui hakikat pembersihan identiti seperti dikatakan itu.
Barangkali wajar apa yang dikatakan, Umno kini sebenarnya semakin takut pada bebayang, menyebabkan mereka seringkali silap dengan perhitungan sendiri. Keberanian Zaid diperlekehkan begitu saja. Walhal umum menerima keberanian Zaid sebagai seorang politikus berkaliber. Langsung ciri-ciri dimiliki Zaid boleh dianggap satu aset perlu dipertahankan bagi membina serta mengukuhkan keyakinan lewat sesuatu perjuangan.
Lalu tidak salah jika dikatakan pemecatan Zaid merupakan satu tindakan di luar batas rasionalisme pimpinan Umno, tetapi lebih berasaskan kepada emosional semata-mata. Secara tidak langsung melambangkan sikap tidak toleransi parti itu kepada ahlinya yang berideologi tidak sehaluan dengan parti.